testin"

Cari benda cool..?

Friday, December 24, 2010

Jom baca..!!! how to motivate yourself..

Motivasi- Berasal daripada perkataan Inggeris ( Motivation ) Perkataan asalnya pula 'Motive' So, nak dipendekkan cite Bm ( Bahasa Melayu ) telah pinjam bahasa mat saleh ni. +-x/ so jadilah motif. Iaitu matlamat atau tujuan korang.

Ok, untuk mencapai sesuatu matlamat korang, semestinya korang memerlukan pendorong. Pendorong ni penting untuk memastikan matlamat korang tercapai. Sebagai contoh, korang nak menang Grand Prix lumba motor mungkin sebab korang nak buktikan yang semua mat rempit tak semestinya tak leh pakai.


Macam tu lah pentingnya mempunyai matlamat hidup. Jika korang tak ada matlamat hidup bererti korang berada dalam golongan mereka yang tiada hala tuju. Cuba bayangkan jika sebuah aeroplane tak tau kat ner nak mendarat. Apa jadi?


Maka, untuk tidak tidak menjadi seakan-akan aeroplane tersebut, maka binalah matlamat hidup korang dan aku percaya matlamat hidup korang itulah yang akan menjadi sumber rujukan apabila korang tahu erti hidup sebenar.


Bagaimana nak capai matlamat?


Kalau aku, aku fokus penting ke matlamat aku ni? Untuk apa? Apa faedahnya? Jika korang dah tahu dan fikir benda ni dengan mendalam. Dari situ akan timbul sikap tekun dan ketidak putus asaan korang.


Jika korang fikir dan tidak yakin dengan diri sendiri. Kat situ lah timbulnya masalah untuk menggapai matlamat korang.


Jadi untuk memantapkan motivasi diri kita perlu membina keberanian positif. Lakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat kita. Ingat kegagalan adalah cikgu kepada kejayaan.


Oleh itu akhir kata dari aku, aku ingatkan diri aku dan kita semua. Sahutlah cabaran untuk menggapai matlamat kita dengan apa cara sekali pun. Nescaya, setiap liku yang kita lalui untuk menggapai matlamat akan mematang dan membentuk motivasi kepada diri kita.
Adios....

No comments:

Post a Comment

Chit-Chat

Apesal NI?

Iklan Anda Disini

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!