testin"

Cari benda cool..?

Monday, February 21, 2011

Blog baru..

Geng aku da pindah ke blog baru.. http://fendyaziz.com

Jom usha.. :D

Tuesday, February 15, 2011

TIPS KERJAYA SELEPAS SPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,





Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai serba sedikit mengenai maklumat dan perancangan kerjaya selepas SPM. Tips dan maklumat berikut insyallah akan terus membantu anda dalam mengejar impian dan cita-cita yang diidam-idamkan selama ini.
Anda dapat mengikuti serba sedikit apa yang akan diterangkan seterusnya.
Jika tiada perancangan dari awal, kebanyakan dari anda masih mencari apa yang harus anda lakukan selepas tamat persekolahan peringkat menengah.

Sebahagian besar dari anda sudah merancang dari awal untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya memohon kursus tertentu di institusi-institusi pengajian yang terpilih.

Peluang untuk belajar di negara ini tidak terhad.Anda bebas untuk memilih dan memasuki mana-mana institusi pengajian mengikut kelayakan serta minat anda.
Persediaan awal adalah penting untuk menjadikan anda sebagai calon terbaik dalam proses pemilihan kerjaya selepas SPM nanti.

Keputusan anda kelak akan menentukan masa depan anda pada masa hadapan.Jadi sebelum mengisi borang permohonan adalah penting untuk melihat latar belakang akademik,minat dan komitmen anda. Adalah lebih baik jika anda telah membuat satu pelan perancangan sebelum dan selepas membuat sesuatu keputusan.

Jika anda telah yakin untuk memilih satu kursus yang anda minati, anda haruslah berhenti untuk berfikir kembali. Kenapa tidak memilih itu dan ini? Kenapa tidak cuba kursus itu? Ini penting supaya setiap keputusan anda adalah jelas serta mempunyai alasan yang kukuh.
Namun begitu,komitmen dan motivasi haruslah diberi kepada setiap keputusan anda. Jika anda mempunyai idea yang jelas terhadap apa yang anda hendak capai, penyelidikan mengenai jalan serta cara-cara untuk mencapai kejayaan hendaklah dibuat.

Ibu bapa adalah pendorong utama kepada cita-cita anda namun begitu anda adalah penggerak utama kepada diri anda sendiri.

Pembiayaan pelajaran semasa di IPT atau mana-mana institusi pengajian kelak sangat penting kerana hampir kesemua tempat pengajian mengenakan bayaran yuran pengajian. Jika anda memilih untuk ke institusi swasta,bayaran yuran pengajian mungkin agak tinggi namun terdapat pelbagai kemudahan untuk mendapatkan pembiayaan. Pembiayaan sara hidup untuk tempat tinggal,makanan,buku dan kegiatan lain harus juga diambil kira.

Ini adalah sedikit sebanyak tips dan maklumat penting untuk anda semua khususnya pelajar Lepasan SPM. Insyallah dengan doa dan iringan motivasi daripada ibu bapa, guru-guru dan sedikit tips dan maklumat daripada saya, saya yakin anda semua akan berjaya!!

Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?
Dapatkan rujukannya di http://www.fendyaziz.com/HalaTujuSpm

Tuesday, February 8, 2011

Facebook Fan Page Vs Facebook Group..

Jika korang tanya aku antara page dengan group manakah paling sesuai digunakan sebagai medium pemasaran dalam facebook.

Tentunya aku jawab facebook fan page.

ANtara kelebihan-kelebihan facebook fanpage adalah :

-->> Dapat memuatkan Opt-In Form yang mana sangat sesuai untuk mengumpul list

-->> Dapat memuatkan template-template cun. Dapat meningkatkan kepercayaan pelawat. Pelawat menganggap kita sebagai seorang yang professional

-->> Mesra Seo

-->> Boleh dicapai kesemua pengakses internet walaupun bukan ahli facebook

-->> Dapat memuatkan aplikasi

-->> Banyak lagi yang tidak mampu dimiliki oleh facebook groups

Cuba tengok dibawah :


Aku harap pasni korang akan lebih memilih untuk meningkatkan rate perniagaan korang..

Adios...

Buat Duit Di Internet Cara MUDAH.. Inilah Caranya!

Sejak negara kita sering dilanda dengan masalah ekonomi yang tidak menentu, ramai di antara kita yang mula mencari peluang untuk tambah pendapatan. Antara peluang tambah pendapatan yang mendapat tempat dan menjadi pilihan adalah perniagaan. Ada yang memilih perniagaan offline dan tak kurang juga yang memilih perniagaan online.

Tetapi, sejak teknologi maklumat kian berkembang di negara kita dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti broadband dan streamyx, masyarakat kita mula menjadikan internet sebagai satu medium untuk menambah pendapatan.

Perkembangan ini sangat positif dan selaras dengan pendedahan tentang peluang buat duit di internet oleh beberapa individu atau mana-mana pertubuhan. Walaupun banyak peluang buat duit di internet cara sebenar didedahkan, masyarakat kita khususnya masih juga percaya dan lebih suka menyertai program-program buat duit yang menipu.

Antara program-program buat duit yang menipu adalah skim cepat kaya, skim ponzi, skim piramid, program HYIP, program reseller, dan banyak lagi. Kes-kes penipuan yang sering berlaku di internet sebenarnya adalah berpunca daripada sikap masyarakat kita sendiri. Sikap yang saya maksudkan adalah sikap ingin mendapat wang dengan cepat dan mahu menjadi kaya.

Biasalah orang kita. Apabila disogok dengan pelbagai janji manis dan pulangan wang yang lumayan, tanpa berfikir panjang, mereka terus mengambil peluang yang dianggap boleh mendatangkan hasil itu. Padahal, hasil yang bakal diterima adalah sebaliknya. Kemudian, selepas sedar mereka telah ditipu barulah nak menyesal. Kesian..

Dalam hal penipuan ini, untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan program buat duit yang menipu, anda seharusnya mengamalkan sikap berhati-hati sebelum menyertai mana-mana program buat duit. Langkah terbaik sebelum terjebak dan mengalami kerugian adalah anda perlu membuat kajian terhadap program berkenaan dengan menggunakan google atau bertanya kepada rakan-rakan usahawan internet yang lain.

Baik.. Jika anda bertanya kepada saya, apakah peluang buat duit di internet yang selamat dan mudah untuk dilakukan oleh sesiapapun? Jawapan saya adalah peluang buat duit di laman Mudah.my. Mengapa saya berikan jawapan itu dan bukannya buat duit dengan ebook, affiliate dan lain-lain?

Ini kerana, dengan buat duit di Mudah.my, anda boleh mula serta merta dan terus buat duit. Jika hendak dibandingkan dengan cara lain, anda memang boleh buat duit juga tetapi tidak secepat seperti buat duit di Mudah.my.

Untuk mempelajari dengan lebih lanjut berkenaan cara buat duit di laman Mudah.my, sahabat usahawan saya iaitu saudara Hafizi Zain dan Ejat Perindu telah mengeluarkan sebuah ebook terbaru mereka yang bertajuk Rahsia Lubuk Duit Di Mudah.my.




Dalam ebook tersebut, mereka berdua telah membongkarkan secara terperinci bagaimana caranya untuk buat duit di laman Mudah.my. Antara perkara-perkara rahsia yang dikongsikan adalah teknik tersembunyi buat duit di Mudah.my, teknik beriklan di Mudah.my cara hebat, teknik mendapatkan jualan sehingga hasilnya boleh mencecah lima angka dan banyak lagi.

Oleh itu, tanpa membuang masa anda lagi yang sememangnya sangat berminat untuk buat duit di internet, saya menjemput anda untuk berkunjung ke laman web ebook tersebut di http://bit.ly/hCnLgY

Sebaik sahaja anda masuk ke sana, pastikan anda baca terlebih dahulu penerangan yang terdapat di sana. Kemudian, anda jangan berlengah-lengah pula, terus dapatkan ebook Rahsia Lubuk Duit Di Mudah.my di sana ya. Ebook tersebut hanya buat anda yang serius untuk tambah pendapatan di internet sahaja.

Semoga anda berjaya buat duit!

Monday, February 7, 2011

Paris Hilton Convert Agama..???


Sape kenal minah ni? Aku pasti korang tergelak sakan biler tengok minah ni kan? Mane tak naknya asal pandang jew minah nie mesti tak cukup kain pakaian dia. Nampak tu lah, ni lah. Tup tap tup tap semua bertutup... Hahahhah... Nampak macam jantan pun ada ni.. :P

Betul ke ni? Atau sekadar propaganda semata-mata?

Xdew propaganda ke pape sebenarnya.. Ini adalah hasil tangan orang yang terlebih kreatif... Di designnya si Paris ni dalam keadaan bertudung.

Habis heboh berita pasal si Paris memeluk Islam..

Papepun berita berkenaan si Paris memeluk Islam adalah tidak benar sama sekali. OK...

Adios...

Saturday, February 5, 2011

Isteri ikut kekasih...

KUALA LUMPUR: Pertemuan semula dengan kekasih lama yang dijejak melalui laman sosial facebook menyebabkan seorang isteri hilang pedoman apabila lari meninggalkan suaminya untuk tinggal bersekedudukan dengan bekas teman lelakinya itu.

Lebih mengaibkan, wanita berusia 30-an itu yang membawa bersama anaknya berusia lebih setahun turut menuntut supaya suaminya menceraikannya.


Bertindak atas laporan suaminya, wanita itu bersama bekas teman lelakinya ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan di sebuah rumah di Shah Alam, Rabu lalu.

Sumber Jais berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, pasangan kekasih terbabit gagal membuktikan mereka mempunyai ikatan sah mengikut hukum syarak apabila disoal siasat.


“Mereka dibawa ke pejabat Jais untuk siasatan lanjut dan sebelum dibebaskan dengan jaminan mulut,” kata sumber itu.


Menurutnya, siasatan awal Jais mendapati suami wanita terbabit membuat laporan mengenai kecurangan isterinya, selain mendakwa isterinya melarikan anak mereka.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohamad Rais Rasid mengesahkan serbuan dan tangkapan dilakukan pihaknya terhadap wanita terbabit bersama bekas teman lelakinya.


“Kami sudah menyoal siasat pasangan terbabit dan mereka bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah pada Jun depan atas kesalahan berkhalwat,” katanya.

Menurutnya, sekiranya bersalah pasangan terbabit boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun, mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Sumber : Harian Metro

Friday, February 4, 2011

Cara pantas jana pendapatan di Nuffnang?

Salam hormat...

Aku ada cerita sket berkenaan blog memblog nie.. Jom check it out...

Sebenarnya blog itu sangat mudah untuk dihasilkan, malah ia boleh memberi keuntungan untuk jangkamasa yang panjang.

Ianya dapat:
# Menambah income sampingan anda.
# Menambah duit simpanan anda.
# Tolong bayar bil-bil anda.
# Bayar duit kereta? Bayar rumah? tak mustahil..
# Nak buat tabungan pendidikan anak? No problem..

Apa yang penting, sepantas mana korang nak usha satu
teknik rahsia melalui Nuffnang.

Blogging boleh dilakukan secara part time..tak perlu berhenti kerja.

Hanya bekerja 4-6 jam seminggu sahaja, dan korang akan dapat pulangan yang lumayan.

Bayangkan jika korang duplikasi sistem itu kepada 2, 4, 6 pulangan yang diberikan juga akan berganda.

Aku nak tanya korang ni , NAK KE TAK NAK?

===> http://bit.ly/gMhvFI
Berapa yang korang sanggup keluarkan untuk dapatkan sebuah teknik yang proven, mudah dan memberi pendapatan sampingan melaluinya?

Member aku kasi korang percuma jew.... -->> http://bit.ly/gMhvFI


Adios...

Monday, January 3, 2011

Geniuskah anda..???

Geniuskah anda?

Oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb
Pepatah daripada Thomas Edison berbunyi “Genius is one percent inspiration and ninety-nine percent perspiration.” Sekiranya itu benar, kita semua punyai potensi menjadi seorang genius!
Bagaimana caranya? Tidak sesusah yang disangkakan. Dengan hanya mengikut 3 perwatakan seseorang genius, anda juga boleh menduplikasikan diri anda menjadi genius.


Perwatakan genius #1

Seseorang genius mempunyai daya fokus yang amat tinggi. Apabila berdepan dengan sesuatu kerja, masalah atau isu, pemikiran yang tajam diletakkan 100% pada masa itu untuk menyelesaikannya. seluruh tenaga dapat didedikasikan untuk menjayakan sesuatu. Lebih hebat kita fokus kepada sesuatu isu dengan tumpuan yang amat tajam, lebih hebat & kreatif kita akan mencapai sesuatu matlamat itu. Ini bermakna, ketika melakukan sesuatu, tumpukan 100% perhatian kepada perkara tersebut- tanpa memikirkan benda lain yang hanya menganggu momentum kita melakukan kerja.
Asas kepada melakukan ini adalah dengan mempunyai matlamat dalam melakukan apa sahaja.
Sesuatu matlamat yang bertulis akan menjadikan tugas yang kita ingin lakukan lebih jelas dan tertumpu. Tidak kira matlamat kecil, ataupun matlamat besar, kita perlu ambil pen dan kertas dan tuliskannya. Aktiviti menulis ini sahaja akan menggerakkan minda separuh sedar kita untuk membantu mencapai matlamat tersebut.
Sebaiknya menulis semua detail dan maklumat matlamat – lagi banyak maklumat yang ditulis, lebih mudah minda untuk berfungsi membantu mencapaikannya.
Berita baiknya, untuk mengasah fokus kita, adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Dengan memupuk tabiat menulis setiap matlamat kita dan berusaha menjauhkan gangguan-gangguan minda , secara perlahan-lahan, kita akan lebih fokus kepada kerja di tangan 100%!





Perwatakan genius #2

Seorang genius mempunyai kaedah dan cara yang sistematik untuk menangani sesuatu isu, masalah atau kerja. Dalam kata lain, mempunyai perancangan yang rapi- sering kali menulisnya atas kertas setiap langkah mengikut prioriti. Mereka juga mengambil masa untuk duduk dan mencerminkan keadaan semasa dengan tepat supaya ketahui sesuatu titik permulaan.
Tidak cukup dengan hanay menulsi matlamat, skema perancangan bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut juga perlu ditulis. Ianya dikatakan bahawa seringkali sesuatu masalah itu mempunyai penyelesaian yang amat jelas hanya dengan cara benar-benar duduk dan memastikan apakah sebenarnya masalah yang dihadapi.
Tetapkan prioriti dalam apa yang ingin dilakukan. Apa yang perlu dibuat dahulu, dan apa yang perlu dikemudiankan. Bukan sekadar menjadi genius sahaja, tetapi, tip ini juga akan membatu menguruskan masa.
Cara mudah menggunakan teknik ini adalah menyenaraikan apa sahaja yang kita ingin lakukan, dan meletakkan prioriti A-B-C-D pada setiap entri di mana A adalah sesuatu yang paling penting untuk dilakukan dan D adalah sesuatu yang tidak penting langsung dan boleh di tinggalkan. Selepas membuat prioriti, ikut susunan kerja yang perlu dilakukan dari A sehingga C.
Ianya adalah amat penting untuk mengetahui di mana kita berada kini untuk membolehkan kita melihat perjalanan kita untuk mencapai matlamat dengan lebih jelas. Para genius melakukannya, apa kata kita turut lakukan!


Perwatakan genius #3

Seorang genius mempunyai minda yang terbuka dan sedia menerima idea-idea baru dan tidak menutup fikirannya. Sering kali bertanyakan soalan “What if…” dan mengundang berbagai-bagai input dan jawapan untuk menghasilkan sesuatu.
Thomas Edison juga pernah menyebut “The greatest invention in the world is the mind of a child”. Ketika kita kanak-kanak, kita tidak meletakkan had pada pemikiran kita. Entah bagaimana, pemikiran begitu hilang apabila kita membesar. Apa yang kita perlu lakukan adalah buka fikiran dan imaginasi kita kepada idea-idea baru. Bebaskan pemikiran kita dan jangan meletakkan had pada apa yang kita boleh capai.
Dengan melakukan ini, secara automatik kita akan menjadi lebih kreatif seperti seorang yang genius!
Menjadi genius adalah sesuatu yang semua orang boleh pelajari. Saintis mengatakan bahawa manusia genius sepertti Albert einstein atau Thomas Edison hanya menggunakan 10% daripada otak mereka. Begitu besar lagi potensi otak manusia yang masih belum pernah diterokai. Langkah awal kita adalah dengan mengamalkan 3 perwatakan genius yang telah diterapkan di atas!
Semoga kita menjadi seorang yang genius tak kira apa sahaja yang kita lakukan!

*****************

Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Chit-Chat

Apesal NI?

Iklan Anda Disini

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!