testin"

Cari benda cool..?

Tuesday, December 21, 2010

Aku kaya...!!! ( Siri 1 )

Kali ni aku nak fokus pulak berkenaan buat duit dengan internet. Sebenarnya nak buat duit dengan perniagaan internet ni tak adalah susah sangat.

Kenapa?

Sebabnya korang tak perlu banting tulang 4 kerat untuk dapat kan sejumlah wang. Tak perlu terkejar-kejar nak ke tempat kerja, tak perlu sibuk-sibuk nak bangun pagi gosok gg :) ( aku tiap2 pg gosok gg tau ) Pendek kata semua tak perlu terkejar-kejar. Apa yang perlu korang buat bangun pagi, bukak laptop, check email, ada pemberitahuan pengesahan pembelian produk, dah masuk duit..

Senang kan?

Tapi disebalik kejayaan seseorang bukan mudah untuk mereka smpai ke tahap macam tu.. Pelbagai jenis cabaran mereka lalui...

Ok, aku ambik contoh..


Dah tentu korang kenal kan.. Dr Irfan Khairi. Aku detail skit pasal beliau

Irfan Khairi merupakan seorang jururunding (consultant) yang menganjurkan seminar mengenai perniagaan melalui Internet.
Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire UniversityUnited Kingdom.
Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd [1]. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau merupakan salah seorang daripada pasukan yang bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.

Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.

Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah lebih menguntungkan berbanding pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi.

Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Ketika itu beliau berumur 25 tahun.

Perniagaan Internet beliau di bawah nama IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari USA, UK, negara-negara Eropah, hingga ke Timur Tengah, Jepun dan Australia! Antara perniagaan-perniagaan yang berjaya termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan juga perunding Multimedia, E-Niaga dan Pembelajaran.

Sehingga hari ini, Irfan Khairi masih bekerja sepenuh masa di keselesaan rumah menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama isteri dan sepasang cahaya mata.

Irfan Khairi turut menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar sebagai cara menunjukkan cara dirinya dan jutawan-jutawan Internet yang lain menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan yang lumayan.

Aku sarankan kalo korang nak start belajar berkenaan bisnes internet boleh dapatkan buku tersebut.. Beliau jual online dalam Rm40 (hantar ke rmah) dan kalo kat kedai-kedai buku Rm39.90..

So fokus kita kat sini adalah macam mana nak memulakan perniagaan internet nie..

Kalo korang berminat tunggu pada post akan datang

Adios...

No comments:

Post a Comment

Chit-Chat

Apesal NI?

Iklan Anda Disini

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!