testin"

Cari benda cool..?

Wednesday, December 29, 2010

Mampukah harimau muda menunjukkan taringnya?

Sejak beberapa hari ni jarang sket aku menulis... Riwayat celcom broadband ku telah lumpuh.. Hanya tinggal maxis broadband yang tak berapa sesuai ku kegelarkan perwira... Ianya amat slow sekali... Namun ku tetap gagah untuk menulis di blog ini..

Ini adalah kerana semangat cintakan Malaysia...

Aik apa kaitannya plak? Ooooo korang tak tau ke tepat jam 8 malam ni Malaysia akan berdepan Indonesia pada perlawanan bola sepak Aff suzuki cup second leg final.

Bebaru ni Malaysia telah berjaya membenam Indonesia 3-0 pada first leg final dan ianya merupakan satu angka yang cukup besar setelah dibelasah Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan..5-1

Persoalan :

Mampukah Malaysia membaham Indonesia di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah? Dan mampukah Malaysia menangani isu pancaran laser yang menggamatkan suasana stadium bebaru ini?

Aku tengok berita tadi pemain Malaysia hanya menjalani latihan ditepi hotel sahaja, mungkin bimbang akan penyokong fanatik Indonesia yang tampak merusuh...

Apa la diorang ni kan.. Malaysia kalah 1-5 hari tu slumber jew, mereka kalah buat la kalah kan, ni macam tak puas hati je..

Tak de semangat kesukanan langsung..



Harap-harap Malaysia mampu menamatkan kemarau piala Aff suzuki selepas 14 tahun menanti...

Go....Go......Goo.....

Adios.....

Sunday, December 26, 2010

Sambil rasa sambil buat duit..!!!

Post kali nie aku nak review berkenaan satu produk yang telah pun dilancarkan semalam.. Walaupun aku jenis yang tak pernah kasi review produk orang tapi produk ni memang sangat-sangat menarik perhatian aku.. EMmmmm maybe aku juga meminati bidang masakan.. Why not?? :P

Ianya adalah tentang cara-cara bagaimana untuk menghasilkan taufufah... Produk ni memang lain dari yang lain kerana saudara Hairul Hissam telah mengambil satu perubahan yang drastik dalam penjualan produk di internet..

Apa yang boleh aku kongsikan kat sini adalah bagaimana beliau menunjukkan dengan bermodalkan rm3 untuk membeli sekilo kacang soya yang dapat menghasilkan setong taufufah..

Air+Kacang Soya+Tepung Jagung+Seiko/GDL=Taufufah..


Simple jew kan?

Saturday, December 25, 2010

No Ilmu No Value..???

"Katakanlah : Adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu?" (QS. Az-Zumur[39]:9)

Ilmu... Betapa pentingnya ilmu pada hari ini.. Tanpa ilmu apa akan jadi? 

Kesian kan? Post kali ni aku taknak cite betapa pentingnya ilmu tapi aku nak cite apa akan jadi kalo kita tak ada ilmu.

First... Orang sekeliling tengok sebelah mata jew.. Ini paling aku tak suka dan inilah salah satu perkara yang pasti berlaku jika kita tidak memiliki ilmu.. Silap hari bulan mak bapak, adik-beradik pun buli kita.. Ilmu + kerja tinggi = Duit banyak

Second... Tak dew ilmu susah nak dapat kerja... Kalo dapat pun kerja penat banting tulang 4 kerat.. Perghhh.. Seksa woooo... Aku pernah alami..

Third... Tak dew ilmu semua benda tak jalan. Contoh aku pernah buat satu bisnes restoran. 2 bulan= Lingkup... Modal hangus...

Tapi jika kita dah terlambat ( tak terlambat sebenarnya.. Even orang tua pun ada yang still kat universiti ) 

kita sebenarnya still ada peluang iaitu dengan menceburkan diri dalam bidang kemahiran.. Kemahiran yang macam mana?

Contoh pertubuhan kemahiran yang ditawarkan.. ILP, Giat Mara dan sebagainya..

So tepu dada tanya selera..

Adios.....




Friday, December 24, 2010

Jom baca..!!! how to motivate yourself..

Motivasi- Berasal daripada perkataan Inggeris ( Motivation ) Perkataan asalnya pula 'Motive' So, nak dipendekkan cite Bm ( Bahasa Melayu ) telah pinjam bahasa mat saleh ni. +-x/ so jadilah motif. Iaitu matlamat atau tujuan korang.

Ok, untuk mencapai sesuatu matlamat korang, semestinya korang memerlukan pendorong. Pendorong ni penting untuk memastikan matlamat korang tercapai. Sebagai contoh, korang nak menang Grand Prix lumba motor mungkin sebab korang nak buktikan yang semua mat rempit tak semestinya tak leh pakai.


Macam tu lah pentingnya mempunyai matlamat hidup. Jika korang tak ada matlamat hidup bererti korang berada dalam golongan mereka yang tiada hala tuju. Cuba bayangkan jika sebuah aeroplane tak tau kat ner nak mendarat. Apa jadi?


Maka, untuk tidak tidak menjadi seakan-akan aeroplane tersebut, maka binalah matlamat hidup korang dan aku percaya matlamat hidup korang itulah yang akan menjadi sumber rujukan apabila korang tahu erti hidup sebenar.


Bagaimana nak capai matlamat?


Kalau aku, aku fokus penting ke matlamat aku ni? Untuk apa? Apa faedahnya? Jika korang dah tahu dan fikir benda ni dengan mendalam. Dari situ akan timbul sikap tekun dan ketidak putus asaan korang.


Jika korang fikir dan tidak yakin dengan diri sendiri. Kat situ lah timbulnya masalah untuk menggapai matlamat korang.


Jadi untuk memantapkan motivasi diri kita perlu membina keberanian positif. Lakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat kita. Ingat kegagalan adalah cikgu kepada kejayaan.


Oleh itu akhir kata dari aku, aku ingatkan diri aku dan kita semua. Sahutlah cabaran untuk menggapai matlamat kita dengan apa cara sekali pun. Nescaya, setiap liku yang kita lalui untuk menggapai matlamat akan mematang dan membentuk motivasi kepada diri kita.
Adios....

Formula One.... Vroommmm....

Formula one atau juga dikenali sebagai formula 1 atau nama rasminya adalah FIA Formula One World Championship adalah sukan lumba kereta yang bertaraf dunia. Korang kenal sape paling tip top dalam sukan ni? ( Aku kenal Alex Yoong jew) lalalala....

Perghhh laju nya tok sah cerita.. Kalo korang pakai kain pelikat gerenti terselak.. Lajunya boleh mencecah sehingga 360 km/h... Cuba bayang.. Aku kalo naik kete  Nak jejak 140 km/h pun dah rasa lain macam jew..

Ok, kembali kepada formula 1..


  • Pemenang formula 1 yang pertama adalah pelumba dari Italy, Giuseppe Farina yang memandu Alfa Romeo pada tahun 1950... Beliau juga adalah rakan sepasukan kepada Juan Manuel Fangio yang berasal dari Argentina..
  • Fangio ni jugak adalah pemegang rekod kejuaraan sebanyak 5 kali Formula One World Championship. Ke dua terbanyak selepas Michael Schumacher. 45 tahun dia pegang gelaran World Champion.
  • Tempat ke tiga Juara Dunia milik Alain Prost dari negara Perancis yang merangkul kejuaraan sebanyak 4 kali

Alfa Romeo yang dipandu Giuseppe Farina dan Juan Manuel Fangio
Classic habis kete. :)


Yang ni lak Michael Schumacher bersama Ferrari merangkul gelaran dunia terbanyak -7kali-( 2 bersama benetton dan 5 bersama ferrari )


Trofi kejuaraan

Sebastian Vettel 2010 Japan.jpg

Sebastian Vettel Championship bagi tahun 2010 ( 23 tahun )

Ok guys aku rasa ni dulu untuk post kali nie.. Kalo nak cite satu-satu memang tak habis..

Adios....

Wednesday, December 22, 2010

Aku kaya...!!! ( Siri 2 )

Jika sebelum ini kita dah kongsikan bagaimana dengan hanya menggunakan internet Dr Irfan Khairi telah menjadi jutawan pada usia 25 tahun dan aku pasti ramai lagi jutawan-jutawan internet akan lahir selepas ini...

Jadi bagaimana untuk memulakan perniagaan internet?

Nak memulakan perniagaan internet first sekali korang kena tengok apa minat korang. Contohnya korang minat berkenaan fesyen. So, korang boleh menjual di internet berkaitan fesyen-fesyen terkini. Buat macam butik kat yang ada di luar sana. Korang boleh buat macam ni ke http://www.mymesra2u.com/

Yang ke dua adalah perniagaan berasaskan servis.. Contohnya jika korang pandai buat web, design, korang boleh tonjolkan kepakaran korang. kat ner nak komersialkan kepakaran korang ni? Korang boleh pergi ke forum-forum dan sebagainya.. Freelancer

Dan yang ke tiga dan terakhir untuk post ini. Perniagaan yang amat lumayan dan menguntungkan.. Produk digital iaitu dengan menjual ebook, video, software dan sebagainya. Kenapa aku katakan produk digital? Kerana ia memerlukan hampir zero modal dan keuntungan nya pula setahun korang makan gaji :)

Ok yang penting korang rerajin usha, buat kajian..

Adios.......

Tuesday, December 21, 2010

Aku kaya...!!! ( Siri 1 )

Kali ni aku nak fokus pulak berkenaan buat duit dengan internet. Sebenarnya nak buat duit dengan perniagaan internet ni tak adalah susah sangat.

Kenapa?

Sebabnya korang tak perlu banting tulang 4 kerat untuk dapat kan sejumlah wang. Tak perlu terkejar-kejar nak ke tempat kerja, tak perlu sibuk-sibuk nak bangun pagi gosok gg :) ( aku tiap2 pg gosok gg tau ) Pendek kata semua tak perlu terkejar-kejar. Apa yang perlu korang buat bangun pagi, bukak laptop, check email, ada pemberitahuan pengesahan pembelian produk, dah masuk duit..

Senang kan?

Tapi disebalik kejayaan seseorang bukan mudah untuk mereka smpai ke tahap macam tu.. Pelbagai jenis cabaran mereka lalui...

Ok, aku ambik contoh..


Dah tentu korang kenal kan.. Dr Irfan Khairi. Aku detail skit pasal beliau

Irfan Khairi merupakan seorang jururunding (consultant) yang menganjurkan seminar mengenai perniagaan melalui Internet.
Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire UniversityUnited Kingdom.
Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd [1]. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau merupakan salah seorang daripada pasukan yang bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.

Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.

Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah lebih menguntungkan berbanding pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi.

Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Ketika itu beliau berumur 25 tahun.

Perniagaan Internet beliau di bawah nama IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari USA, UK, negara-negara Eropah, hingga ke Timur Tengah, Jepun dan Australia! Antara perniagaan-perniagaan yang berjaya termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan juga perunding Multimedia, E-Niaga dan Pembelajaran.

Sehingga hari ini, Irfan Khairi masih bekerja sepenuh masa di keselesaan rumah menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama isteri dan sepasang cahaya mata.

Irfan Khairi turut menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar sebagai cara menunjukkan cara dirinya dan jutawan-jutawan Internet yang lain menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan yang lumayan.

Aku sarankan kalo korang nak start belajar berkenaan bisnes internet boleh dapatkan buku tersebut.. Beliau jual online dalam Rm40 (hantar ke rmah) dan kalo kat kedai-kedai buku Rm39.90..

So fokus kita kat sini adalah macam mana nak memulakan perniagaan internet nie..

Kalo korang berminat tunggu pada post akan datang

Adios...

Monday, December 20, 2010

Awek- Benda paling simple nak tackle...


( Ni bukan koleksi awek aku, aku jumpa kat pak G ) :)


Ni first thing aku nampak hari ni selepas aku create blog nie.. - Awek -

Korang rasa susah ke senang nak tackle awek? Bagi korang yang rasa payah, susah baik korang set kan minda korang, sebenarnya nak tackle awek tak de lah susah. Kenapa aku cakap macam tu?


Bagi aku awek ni

  • Tak perlu korang ada ber k k
  • Tak perlu ada lesen
  • Tak perlu korang act macho
  • Tak perlu pape jew

Cuma yang perlu ada 
  • Pandai mengayat

Serius aku cakap, kalo korang ada satu benda kat atas, almaklum nya senang jew nak tackle awek.

So macam mana plak nak pandai mengayat?
  • Ambil hati dia
  • Jaga perasaan dia
  • Surprise kan dia
  • Make her like in heaven
  • Pape jew asalkan benda tu boleh buat dia merasa bahagia

Tak kisah la korang simple ke, tak bergaya ke. Bcoz awek tak tengok pakwe berdasarkan rupa paras, dia tengok pakwe based on character..

Dan untuk tackle awek, jangan kait kan masa. Contohnya kalo korang nak awek dalam masa yang singkat, jangan harapkan awek tu akan kekal lama. Nak adjust anak ayam boleh la kan..

So selalu hargai pasangan anda.. 

Adios...

Tolong...... I need ur help..!!!

Huhuhu... Macam suspen jew tajuk kat atas.. :D

Sebenarnya tak adalah sesuspen yang disangka... Aku baru belajar nak buat blog dalam blogspot ni... Harap korang yang sudi terjah blog aku support aku kewh..

Kalo support korang best N taraf blogger aku dah expert, aku nak tukar ke blog berbayar lak. Maybe wordpress ke... Huhuhu...

Blog nie adalah tentang hidup aku, apa yang aku buat, apa yang aku nampak, baca semuanya aku akan kongsikan kat sini..

So...

Do support me kewh :)

Chit-Chat

Apesal NI?

Iklan Anda Disini

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!