testin"

Cari benda cool..?

Tuesday, February 15, 2011

TIPS KERJAYA SELEPAS SPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,





Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai serba sedikit mengenai maklumat dan perancangan kerjaya selepas SPM. Tips dan maklumat berikut insyallah akan terus membantu anda dalam mengejar impian dan cita-cita yang diidam-idamkan selama ini.
Anda dapat mengikuti serba sedikit apa yang akan diterangkan seterusnya.
Jika tiada perancangan dari awal, kebanyakan dari anda masih mencari apa yang harus anda lakukan selepas tamat persekolahan peringkat menengah.

Sebahagian besar dari anda sudah merancang dari awal untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya memohon kursus tertentu di institusi-institusi pengajian yang terpilih.

Peluang untuk belajar di negara ini tidak terhad.Anda bebas untuk memilih dan memasuki mana-mana institusi pengajian mengikut kelayakan serta minat anda.
Persediaan awal adalah penting untuk menjadikan anda sebagai calon terbaik dalam proses pemilihan kerjaya selepas SPM nanti.

Keputusan anda kelak akan menentukan masa depan anda pada masa hadapan.Jadi sebelum mengisi borang permohonan adalah penting untuk melihat latar belakang akademik,minat dan komitmen anda. Adalah lebih baik jika anda telah membuat satu pelan perancangan sebelum dan selepas membuat sesuatu keputusan.

Jika anda telah yakin untuk memilih satu kursus yang anda minati, anda haruslah berhenti untuk berfikir kembali. Kenapa tidak memilih itu dan ini? Kenapa tidak cuba kursus itu? Ini penting supaya setiap keputusan anda adalah jelas serta mempunyai alasan yang kukuh.
Namun begitu,komitmen dan motivasi haruslah diberi kepada setiap keputusan anda. Jika anda mempunyai idea yang jelas terhadap apa yang anda hendak capai, penyelidikan mengenai jalan serta cara-cara untuk mencapai kejayaan hendaklah dibuat.

Ibu bapa adalah pendorong utama kepada cita-cita anda namun begitu anda adalah penggerak utama kepada diri anda sendiri.

Pembiayaan pelajaran semasa di IPT atau mana-mana institusi pengajian kelak sangat penting kerana hampir kesemua tempat pengajian mengenakan bayaran yuran pengajian. Jika anda memilih untuk ke institusi swasta,bayaran yuran pengajian mungkin agak tinggi namun terdapat pelbagai kemudahan untuk mendapatkan pembiayaan. Pembiayaan sara hidup untuk tempat tinggal,makanan,buku dan kegiatan lain harus juga diambil kira.

Ini adalah sedikit sebanyak tips dan maklumat penting untuk anda semua khususnya pelajar Lepasan SPM. Insyallah dengan doa dan iringan motivasi daripada ibu bapa, guru-guru dan sedikit tips dan maklumat daripada saya, saya yakin anda semua akan berjaya!!

Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?
Dapatkan rujukannya di http://www.fendyaziz.com/HalaTujuSpm

2 comments:

Chit-Chat

Apesal NI?

Iklan Anda Disini

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!